Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Pencapaian sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh pekerjanya. Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan panduan yang menyeluruh tentang etika yang sepatutnya diamalkan dalam kerjaya mereka. Dalam masa yang sama, masalah- masalah dalam kalangan guru sekolah agama sering mendapat liputan media massa kebelakangan ini. Antara masalah yang dimaksudkan termasuklah salah guna kuasa dan salah laku moral yang melibatkan etika profesion perguruan. Senario ini telah menarik minat pengkaji untuk meneliti pelaksanaan etika kerja Islam dalam kalangan guru sekolah agama dengan lebih mendalam. Untuk itu, Sekolah Islam Darul Ehsan telah diambil sebagai kes kajian ini. Kajian ini telah meletakkan tiga objektif iaitu meneliti usaha-usaha penerapan etika kerja Islam, mengukur tahap pengamalan etika kerja Islam serta menganalisis impak pengamalan etika kerja Islam terhadap guru-guru di Sekolah Islam Darul Ehsan. Manakala metodologi kajian ini ialah temubual,soal selidik, pemerhatian dan juga dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak Sekolah Islam Darul Ehsan dalam menerapkan etika kerja Islam. Tahap pengamalan guru-guru juga pada tahap yang tinggi. Walaubagaimanapun, impak pengamalan etika kerja Islam masih pada tahap sederhana. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak pentadbiran sekolah agama swasta di Selangor dan juga kepada dunia pendidikan Islam secara umumnya.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.

Share

COinS