Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Sekolah Sukan Negeri merupakan satu institusi pendidikan diwujudkan bagi melahirkan atlet murid yang cemerlang dari aspek akademik dan sukan elit serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun demikian, terdapat dalam kalangan atlet murid yang mendedahkan aurat serta meninggalkan solat meskipun telah diberi penekanan dalam silibus kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah. Kajian ini bertujuan mengetahui kefahaman, pengamalan, faktor-faktor yang mempengaruhi serta hubung kait di antara kefahaman dengan amalan melalui Kurikulum Pendidikan Islam dalam aspek aurat dan solat dalam kalangan atlet murid. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik mengandungi lima skala likert yang diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 23 di mana sampel kajian tersebut terdiri daripada 162 orang yang mewakili keseluruhan 260 atlet murid di Sekolah Sukan Negeri Perak . Dapatan daripada soal selidik berkenaan mendapati bahawa min kefahaman atlet murid di Sekolah Sukan Negeri Perak terhadap aurat dan solat berada pada tahap sangat tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi penjagaan aurat dan pengamalan solat adalah jati diri daripada didikan awal ibu bapa diikuti dengan guru, jurulatih dan persekitaran institusi pendidikan. Kefahaman terhadap aurat dan solat mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penjagaan aurat dan pengamalan solat atlet murid.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.

Share

COinS