Date of Award
1-1-2018
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Academy of Islamic Studies
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membahaskan tentang sumbangan Jamāl al-Dīn al-Qāsimī dalam bidang astronomi melalui hasil usaha beliau menulis kitab tafsir bertajuk Maḥāsin al-Ta’wīl dengan menjadikan beberapa topik astronomi yang ditekankan oleh al-Qāsimī sebagai asas kajian. Metode kajian ini berasaskan penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan metode pengumpulan data, metode analisis kandungan dan metode kualitatif. Topik-topik terpilih telah dihuraikan dengan menggunakan analisis komparatif iaitu kajian perbandingan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain serta membawa kajian-kajian saintifik yang bersesuaian dengan topik berkenaan. Sumber data adalah melalui kitab Maḥāsin al-Ta’wīl, kitab-kitab tafsir yang muktabar, karya-karya al-Qāsimī, kitab-kitab umum, tesis dan disertasi serta laman sesawang berautoriti berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Jamāl al-Dīn al-Qāsimī merupakan salah seorang ulama tafsir yang bersungguh-sungguh memperkasakan kekuatan pentafsiran al-Quran secara saintifik dalam sejarah Islam. Kajian terhadap karya agung beliau, kitab tafsir Maḥāsin al-Taʼwīl memberikan impak positif dalam memahami konsep tafsīr ʻilmī dengan lebih jelas terutamanya berkenaan ayat-ayat al-Kawniyyah di dalam al-Quran yang memfokuskan bidang astronomi sebagai topik perbincangan. Gabungan metode pentafsiran secara al-Ma'thūr dan al-Raʼyī yang digunakan dalam pentafsiran al-Qāsimī mengharmonikan hubungan antara inti pati al-Quran dengan kajian saintifik semasa.
Note
Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
Recommended Citation
Hamizah, Ruslan, "Sumbangan Jamal al-Din al-Qasimi dalam bidang astronomi: Kajian berdasarkan kitab tafsir Mahasin Al Ta'wil / Hamizah Ruslan" (2018). Student Works (2010-2019). 5151.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/5151