Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Tadbir urus Islam mempunyai peranan yang sangat penting terhadap kejayaan manamana institusi. Kejayaan sebuah institusi dicapai apabila pelaksanaan tadbir urus dalam institusi tersebut dilaksanakan dengan baik. Justeru itu, disertasi ini membincangkan tentang tadbir urus Islam di institusi zakat. Kajian ini memfokuskan kepada pelaksanaan tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Objektif kajiannya meliputi pelaksanaan dan cabaran tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan kaedah pengumpulan data sama ada data primer mahupun data sekunder. Data primer kajian ini iaitu kajian lapangan dan untuk mendapatkan maklumat, penyelidik menggunakan kaedah temubual dengan pihak yang berautoriti ke tempat yang dikaji iaitu di Ibu Pejabat Baitul Mal Aceh melalui cara temubual secara bersemuka dan tidak bersemuka. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh sesuai dan tidak bercanggah dengan konsep tadbir urus daripada perspektif Islam. Dalam hal ini, Baitul Mal Aceh telah melaksanakan konsep amanah, telus dan boleh dipercayai. Baitul Mal Aceh juga telah berusaha secara maksimum dengan sumber manusia yang ada untuk menambahbaik mekanisme sosialisasi zakat, pengumpulan zakat, pengagihan zakat dan kawalan serta audit. Namun begitu, Baitul Mal Aceh menghadapi pelbagai cabaran, seperti terhadnya sumber manusia, terhadnya peruntukan perundangan serta masih kurangnya kepercayaan masyarakat tempatan kepada Baitul Mal Aceh, sehingga menyebabkan tugas Baitul Mal Aceh sebagai lembaga pentadbir zakat dilaksanakan secara maksimum.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.

Share

COinS