Author

Osman Zahidah

Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini membincangkan pendekatan dakwah bi al-Hikmah dalam majalah The Muslim Reader. Ia bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah bi al-hikmah dalam penulisan majalah agama, di samping mengetahui sejarah perkembangan majalah agama di Singapura dan menganalisis mesej dakwah dan pendekatan dakwah secara hikmah yang terdapat dalam majalah The Muslim Readers. Kajian ini menggunapakai metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Metode induktif, deduktif dan komparatif juga digunakan ketika analisis dilakukan untuk mengetahui bentuk-bentuk mesej dakwah dan mengenal pasti bentuk pembujukan al-hikmah yang terdapat dalam majalah The Muslim Reader. Hasil kajian mendapati mesej dakwah dalam majalah The Muslim Reader terbahagi kepada empat aspek utama iaitu, isu akidah, isu syariah, isu akhlak dan isu semasa. Manakala pembujukan dakwah bi al-hikmah dibahagikan dalam dua bentuk, iaitu pendekatan dakwah secara lembut dan juga pendekatan secara keras. Pendekatan dakwah secara lembut ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah galakan dan kaedah ajakan. Manakala pendekatan dakwah secara keras pula menggunakan dua kaedah iaitu kaedah secara ancaman dan kaedah secara arahan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji akan datang untuk terus menjalankan kajian mereka terhadap sejarah perkembangan majalah agama di Singapura.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.

Share

COinS