Author

Ramli Masitah

Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Sekolah agama merupakan institusi Pendidikan Islam yang kini semakin diperakui oleh masyarakat sebagai salah satu institusi Pendidikan Islam yang mampu melahirkan modal insan yang berjaya. Kini, sekolah-sekolah agama semakin berkembang pesat di seluruh negeri. Perkembangan tersebut dapat dibuktikan melalui pembentukan pelbagai aliran serta peringkat pengajian. Perbezaan pihak pengelola menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam pengurusan sekolah-sekolah agama negeri. Oleh itu, kajian ini akan meninjau latar belakang perkembangan sekolah-sekolah agama negeri di Kelantan dan di Selangor, bagaimanakah bentuk pengurusan sekolah-sekolah agama di sana, adakah wujud persamaan mahupun perbezaan dalam pengurusan di kedua-dua negeri tersebut. Metodologi yang digunakan dalam membantu pengkaji mendapatkan maklumat adalah melalui kaedah dokumentasi serta temubual beberapa orang sumber. Hasil kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah agama kelolaan YIK dan BPI JAIS menggunakan sukatan Kurikulum Azhari sebagai kurikulum asas dan berbagai-bagai jenis kurikulum lain yang menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dari sudut pelaksanaan peperiksaan dan penilaian yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa terdapat beberapa kewajaran yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan YIK dan BPI JAIS dalam memastikan keberlancaran pengurusan dan perkembangan sekolah-sekolah agama negeri dapat dicapai.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.

Share

COinS