Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas harta setiap Muslim. Harta yang wajib dizakatkan adalah harta yang berpotensi untuk berkembang. Berkembang di sini membawa maksud sifat harta tersebut memberikan keuntungan kepada pemiliknya. Muḍārabah merupakan salah satu akad dalam Syariat Islam yang bermatlamatkan pembahagian keuntungan. Jadi, harta muḍārabah adalah harta yang tertakluk kepada zakat. Berdasarkan hal ini, Bank Muamalat Indonesia (BMI) telah menawarkan satu keistimewaan kepada pelanggan akaun simpanan muḍārabah berbentuk pembayaran zakat secara automatik bagi pelanggan yang membenarkannya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keabsahan atau ketepatan mekanisme yang dijalankan oleh pihak BMI dalam pembayaran zakat pelanggan ke atas akaun simpanan muḍārabah menurut konsep zakat dalam Syariat Islam. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan dengan cara temu bual, dokumentasi dan data pustaka yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan kutipan zakat pelanggan dalam akaun simpanan muḍārabah di BMI dari sudut pengukuran kepatuhan kepada zakat perniagaan terdapat beberapa isu yang perlu dibuat penambahbaikan agar selari dengan landasan yang telah digariskan oleh ulama fiqh klasik dan semasa.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.

Share

COinS