Date of Award

11-1-2017

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua institusi zakat yang iaitu Badan Amil Zakat (BAZ) yang terletak di Riau-Indonesia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terletak di negeri Selangor-Malaysia. Kajian dilakukan untuk mengetahui sejauhmana sumbangan institusi zakat dan perhatiannya terhadap terhadap golongan yang lemah seperti fakir dan miskin. Analisis perbandingan telah pun dilakukan untuk melihat persamaan dan perbezaan di antara keduanya, terutama yang dengan asas undang-undang formal operasional, system pengurusan dan pentadbiran, sumbangan dalam mengatasi kefakiran dan kemiskinan serta cabaran-cabaran yang dihadapi kedua institusi tersebut. Kajian kualitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini untuk mendapatkan kesimpulan dengan instrument pengumpulan data dengan analisis dokumen, pemerhatian dan temubual dengan beberapa pengurus dari kedua institusi. Temuan kajian mendapati bahawa kedua institusi zakat tersebut telah menunjukkan peranannya secara nyata dalam mengatasi kemiskinan baik melalui agihan secara konsumtif (berterusan) mahupun produktif (dalam bentuk modal). Perbezaan asas antara kedua insitusi tersebut adalah LAZ menekankan bantuan pendidikan sebagai penyelesasaian kepada masalah kemiskinan jangka panjang sementara BAZ memfokuskan lebih banyak pada bantuan yang diberikan langsung kepada orang yang sangat memerlukan supaya bantuan tersebut dapat dirasakan manfaatnya secara langsung. Perbezaan juga terletak pada system managemen dan kepimpinan kedua insitusi tersebut, di mana LAZ lebih mudah dalam pengurusan zakatnya dibandingkan dengan BAZ yang bersifat sentralistik (berpusat).

Note

Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2017.

8291-suhaimi.pdf (4613 kB)

Share

COinS