Date of Award

9-1-2016

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Prinsip yang diketengahkan oleh SCT ialah fungsi mental individu dapat ditingkatkan melalui proses pengantaraan (mediation) artifak budaya (bahasa dan artifak sosial) dan aktiviti sosial (Vygotsky, 1978). Melalui peralatan budaya yang berada disekelilingnya, manusia menggunakannya sebagai pegantara untuk menentukan tindakan yang sewajarnya di samping menyelesaikan masalah, rasional dan logik (Lantolf & Thorne, 2006). Menyelesaikan masalah melalui tindakan membuat dan menentukan penggunaan pengantara inilah keupayaan mental manusia daripada tahap semasa dapat ditingkatkan kepada tahap potensi dalam dunia sosial mereka melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal. Berdasarkan konsep Zon Perkembangan Proksimal, bidang kajian berkaitan perkembangan atau pemerolehan bahasa (SLA / FLA) dan pendidikan merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan artifak budaya sebagai pegantara untuk meningkatkan keupayaan fungsi mental melalui interaksi dan perkongsian pengetahuan (collaborative learning, peers assintance, comprehensible input / output, computer assisted learning dsb) yang akhirnya menunjukkan pencapaian mereka dapat ditingkatkan.

Note

Thesis (PhD)- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.

Share

COinS