Author

- Zulqarnain

Date of Award

6-1-2016

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Pasaran modal Islam adalah merupakan alternatif pelaburan bagi menjana modal untuk mempertingkatkan ekonomi masyarakat, korporat serta Negara yang sesuai dengan kehendak syarak. Untuk itu, keputusan DSN MUI dan MPS SC merupakan bahagian daripada inovasi hukum dalam tegahan atau mengharuskan melakukan apa sahaja aktiviti pelaburan. Kajian ini fokus pada perbincangan mengenai isu-isu berbangkit pasaran modal Islam dalam aspek penetapan keputusan yang meliputi dasar-dasar penetapan keputusan dan manhaj (metod) istinbat al-hukm yang digunakan serta faktorfaktor yang memberi kesan dan diambil kira dalam penetapan keputusan. Analisis dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan metod pengumpulan data melalui kepustakaan dan temu bual serta metod analisa data secara perbandingan. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa penetapan keputusan mengenai isu-isu pasaran modal Islam adalah menggunakan sumber-sumber daripada dalil ayat al-Quran, hadis serta beberapa pandangan fuqaha samada daripada fuqaha silam mahupun fuqaha semasa melalui manhaj istinbat al-hukm dengan metod bayani dan burhani melalui pendekatan ta‘lili iaitu‘illah al-hukm dan qiyasi, serta pendekatan istislahi ke arah pencapaian maqasid shari‘ah dan siyasah shar‘iyyah, yang merupakan gambaran daripada wujudnya tolak ansur terhadap pandangan hukum pada sumber-sumber penetapan hukum yang berbeza. Bahkan faktor perbezaan lokaliti (budaya tempatan), teknologi semasa, hirarki peraturan perundangan adalah merupakan bahagian terpenting yang memberi kesan dan diambil kira bagi penyelesaian kes-kes pelaburan pada pasaran modal. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak berkaitan.

Note

Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.

Share

COinS