Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

3

Department

Dept of Aqidah & Islamic Thought

Institution

University of Malaya

Abstract

Yoga, satu amalan yang merangkumi latihan fizikal dan mental telah tumbuh di India beribu-ribu tahun dahulu. Ia menjadi satu mekanisma penganut-penganut Hindu membebaskan diri dari lingkaran kelahiran semula dan seterusnya menyatukan diri dengan tuhan. Kini yoga telah melampaui sempadan negara asalnya dan tidak lagi menjadi milik khusus penganut-penganut Hindu. Malah ia telah menjadi satu bentuk riadah yang popular bagi mendapatkan kesihatan fizikal dan mental. Kajian ini dilakukan untuk menemukan kedudukan sebenarnya tentang latihan-latihan fizikal yoga. Ia juga adalah sebagai reaksi kepada kekeliruan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia tidak lama dahulu ekoran dari fatwa yang menyatakan amalan-amalan fizikal tanpa mantera dan unsur-unsur penyembahan boleh dipraktikkan oleh individu Muslim. Dalam melaksanakan kajian ini, dua metode penyelidikan telah digunakan iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Hasil dapatan dari kajian menunjukkan bahawa praktik fizikal yoga tanpa mantera dan unsur-unsur penyembahan masih mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2010

Share

COinS