Date of Award
1-1-2010
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Tafsiran Ayat-Ayat Sifat: Perbandingan Antara Fakhr al-Din al-Razi Dan Ibn Taymiyyah al-Harrani. Disertasi ini merupakan satu kajian perbandingan antara dua tokoh yang tidak asing lagi iaitu Fakhr al-Din al-Razi (544H/601H-1149M/1210M) dan Ibn Taymiyyah al-HarrÉni (661H-728H/1263M-1328M). Kajian ini cuba mengenalpasti aspek-aspek perbezaan antara dua aliran yang berbeza dari aspek metode dan fahaman dengan memfokuskan kepada perbahasan ayat-ayat sifat dalam karya Tafsir Mafatih al-Ghayb dan al-Tafsir al-Kabir. Dalam usaha untuk mendapatkan data-data yang diperlukan, pengkaji telah menggunakan pendekatan persejarahan dan pendekatan dokumentasi. Manakala untuk menganalisis data digunakan induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati Fakhr al-Din al-Razi yang mewakili mazhab khalaf telah mentakwil keseluruhan ayat-ayat sifat berdasarkan penggabungan dan pengharmonian hujah ‘aql dan naql, manakala Ibn Taymiyyah pula tetap berdiri di atas satu prinsip iaitu menolak apa saja takwilan yang merubah makna al-Qur’an serta penerimaan nas-nas ma’thur secara zahir.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Zainol, Ahmad Nazri, "Tafsiran ayat-ayat sifat : perbandingan antara Fakhr al-Din al-Razi dan Ibn Taymiyyah / Ahmad Nazri bin Zainol" (2010). Student Works (2010-2019). 323.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/323