Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

University of Malaya

Abstract

Jumlah orang bukan Islam yang memeluk agama Islam di negara Brunei Darussalam semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun disebabkan prasarana perundangan di negara ini masih belum benar-benar mampu untuk menguruskan hal-hal berkenaan pemelukan agama Islam, telah menyebabkan pelbagai masalah dan konflik yang agak serius. Kelemahan dari aspek perundangan dikatakan telah menyebabkan pihak mahkamah, khususnya Mahkamah Syariah tidak dapat melaksanakan peranannya secara amat berkesan. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan sejauh mana undang-undang yang ada mampu menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan pemelukan agama Islam. Bagi memastikan tujuan ini dicapai, maka kajian telah menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan lapangan bagi memperolehi data-data yang berkaitan. Data-data yang telah diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah sebenarnya mempunyai kuasa yang eksklusif walaupun terhadap pihak-pihak bukan Islam selama mana subjek perundangan masih berada di bawah bidang kuasanya. Kajian ini juga mengukur sejauh mana Mahkamah Syariah mampu memanipulasi peluang-peluang yang ada dalam perundangan ketika membuat tafsiran undang-undang kerana didapati keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah bersifat tidak konsisten. Rumusan dan cadangan penyelesaian terutamanya dari aspek perundangan dipersembahkan dalam kajian ini setelah permasalahan-permasalahan berkaitan dibincangkan dengan terperinci.

Note

Dissertation (M.Syariah)--Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS