Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis
Divisions
fac_law
Department
Akademik Pengajian Melayu
Institution
University of Malaya
Abstract
Negeri Sembilan dikatakan sebagai salah satu daripada kawasan rantau Minangkabau sejak ratusan tahun yang lalu. Jejak keminangkabauan mereka masih tergambar pada sistem sosiobudaya masyarakat Negeri Sembilan sekarang seperti hidup dalam kelompok-kelompok (mereka namakan suku). Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan bentuk dan penggunaan kata sapaan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 Kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan serta membandingkan persamaan dan perbezaan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau pada kedua-dua kawasan tersebut. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan bentuk kata sapaan berlaku juga akan dijelaskan dalam kajian ini. Teori yang digunakan untuk menganalisis data-data ialah teori kata sapaan yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp (1986). Data dikumpulkan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 Kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan dengan menggunakan metodologi semak dan cakap yang dilaksanakan dengan satu set teknik penyelidikan. Data dianalisis dengan menggunakan metodologi padan pragmatik berserta satu set teknik analisis. Hasil daripada kajian dipaparkan dengan menggunakan metodologi formal dan informal. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa bentuk kata sapaan masyarakat Minangkabau di Nagari Batuhampar dan Daerah Rembau adalah pelbagai. Kepelbagaian bentuk itu diklasifikasikan ke dalam tiga kelompok sesuai dengan jenis situasi kebahasaan, iaitu situasi rasmi, separa rasmi, dan tidak rasmi. Secara am bentuk kata sapaan di kedua-dua kawasan kajian menunjukkan lebih banyak perbezaan wujud daripada persamaan, kecuali bentuk kata sapaan dalam situasi separa rasmi. Perubahan-perubahan bentuk kata sapaan yang berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh diklasifikasikan ke dalam dua kelompok, iaitu faktor dalaman kebahasaan dan faktor luaran kebahasaan.
Note
Thesis (Ph.D.) - Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2015.
Recommended Citation
Reniwati, Abdullah, "Perbandingan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau
di Kabupaten 50 kota dengan daerah Rembau / Reniwati" (2015). Student Works (2010-2019). 3003.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/3003