Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

other

Document Type

Thesis

Divisions

123

Department

University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)

Institution

University of Malaya

Abstract

Disiplin pelajar dalam sesebuah sekolah merupakan aspek yang perlu dititikberatkan kerana pembentukan disiplin pelajar yang baik dapat melahirkan modal insan kelas pertama. Peningkatan kadar masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4 secara mendadak telah menjejaskan prestasi pelajar dan kecemerlangan sekolah secara berterusan. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis- jenis masalah disiplin pelajar di sekolah, menentukan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar, meneliti kesan masalah disiplin pelajar serta mencadangkan langkah-langkah bagi menangani masalah disiplin pelajar. Kaedah kajian utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah dengan cara mengedarkan set borang soalselidik kepada 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru SMKBUD4. Selain itu, data sekunder dalam bentuk rekod sekolah juga digunakan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat tujuh jenis masalah disiplin yang dialami oleh pelajar di SMKBUD 4 iaitu bergaduh dengan rakan, mencuri, merokok, ponteng kelas, ponteng sekolah, lewat ke sekolah dan membuli kawan. Bilangan kes ini meningkat hampir 1.4 kali dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2012 sehingga 2014. Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin pelajar ialah faktor sifat kendiri pelajar yang tidak berminat untuk belajar, kekurangan penyeliaan ibu bapa, hubngan pelajar dengan guru yang tidak rapat, pengaruh rakan sebaya untuk mencuba sesuatu yang baru dan pengaruh media massa. Kajian mencadangkan untuk membentuk keperibadian yang baik di kalangan pelajar, ibu bapa sentiasa menyelia anak-anak mereka, guru-guru lebih mesra dan membentuk hubungan yang rapat dengan pelajar.

Note

Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015

Share

COinS