Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

other

Document Type

Thesis

Divisions

123

Department

University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap tekanan, faktor penyebab dan kesannya terhadap individu dan jabatan Polis Kontinjen Selangor. Kajian ini melibatkan seramai 48 responden, terdiri daripada Kakitangan Awam yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor. Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan kaedah skala likert dengan pengskoran dalam bentuk min dan peratus. Berdasarkan analisis kajian, tahap tekanan kerja yang dialami oleh Kakitangan Awam berada pada tahap permulaan tinggi dan ianya boleh dianggap serius. Faktor utama berlakunya tekanan kerja di kalangan Kakitangan Awam adalah dari aspek penilaian bidang tugas. Faktor kedua penyebab berlakunya tekanan adalah dari segi aspek-aspek kemudahan insfrastruktur jabatan. Manakala faktor yang ketiga pula adalah dari aspek kepimpinan penyelia atau ketua. Berdasarkan analisis kajian juga mendapati kesan tekanan kerja telah menyebabkan menyebabkan kakitangan Awam tidak memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja. Mereka juga tidak berminat untuk meneruskan perkhidmatan dalam jabatan PDRM dan sering memohon bertukar kejabatan kerajaan yang lain. Kesan tekanan kerja bagi jabatan ialah kekurangan keanggotaan bagi melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran di IPK Selangor. Kesannya, kelancaran tugas pentadbiran dan perkeranian di IPK Selangor agak terganggu. Robbins (1993) berpendapat bahawa faktor-faktor organisasi, ekonomi dan individu adalah merupakan sumber-sumber yang berpotensi dalam menimbulkan tekanan. Maka, adalah dicadangkan supaya pihak jabatan sentiasa memberi latihan dan penerapan budaya kerja PDRM supaya Kakitangan Awam ini lebih bersedia untuk terus berkhidmat dalam pasukan PDRM. Selain itu, penambahbaikan infrastuktur pejabat perlu dilakukan segera dan menaik taraf sistem yang terbaru. Dari sudut penyeliaan kakitangan pula, penyelia harus memainkan peranan dan tanggungjawab dan dipantau oleh pegawai yang lebih tinggi.

Note

Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015

Share

COinS