Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
other
Document Type
Thesis
Divisions
123
Department
University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
Institution
University of Malaya
Abstract
Di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kuala Lumpur mempunyai kekerapan perpindahan di kalangan kakitangan di Ibu Pejabat. Perpindahan yang kerap berlaku mengakibatkan kakitanangn berasa tidak selesa dan gembira. Kakitangan terpaksa mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan. Perpindahan ini mempunyai peningkatan pada setiap tahun dan dipercayai kerana pihak organisasi membuat penstrukturan semula organisasi. Dalam kajian ini mempunyai obejektif utama iaitu menentukan kekerapanperpindahan yang berlaku pada seseorang kakitangan di AIM Kuala Lumpur, mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perpindahan terhadap kakitangan, meneliti kesan perpindahan terhadap kakitangan dan cadangan langkah-langkah bagi meningkatkan kepuasan kakitangan terhadap perpindahan dan mengurangkan kekerapan perpindahan di kalangan kakitangan AIM. Dalam kajian ini, data sekunder iaitu data perpindahan kakitangan di ibu pejabat diambil dari pihak Jabatan Sumber Manusia AIM. Manakala data primer diperolehi dari kaedah temu bual berstruktur yang dilakukan kepada 10 orang kakitangan dan soalan tidak berstruktur diajukan kepada wakil daripada pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia. Bedasarkan kajian yang dilakukan, perpindahan yang berlaku dari tahun 2012 sehingga 2014 mempunyai peningkatan pada setiap tahun iaitu seramai 37, 58 dan 88 orang. Mengikut kajian yang dijalankan, peningkatan ini berpunca apabila pihak organisasi membuat rombakan atau penstrukturan semula organisasi, kakitangan mohon berpindah dan masalah dengan majikan. Bedasarkan permasalahan yang timbul kajian mencadangkan agar pihak organisasi membuat penstrukturan jangka masa panjang, penempatan sumber manusia yang lebih jelas dan penstrukturan organisasi yang lebih jelas.
Note
Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
Recommended Citation
Mohd Kasim, Robizamunira, "Perpindahan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Kuala Lumpur / Robizamunira Mohd Kasim" (2015). Student Works (2010-2019). 2976.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2976
6035-ISI_KANDUNGAN.pdf (27 kB)
6035-FAIL_1.pdf (5 kB)
6035-LAMPIRAN_1_(CARTA_ORGANISASI).pdf (266 kB)
6035-LAMPIRAN_2_(BORANG_SOALAN_TEMUBUAL_BERSTRUKTUR).pdf (448 kB)