Author

Cheng Yan Yau

Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek penggunaan kohesi nahuan dalam karangan bahasa Cina bagi pelajar tingkatan empat. Sejumlah 30 buah karangan jenis keperihalan dipilih sebagai sampel kajian. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976), dengan memfokuskan empat jenis kohesi nahuan, iaitu rujukan, penggantian, elipsis, dan konjungsi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kohesi yang digunakan dan corak penggunaan kohesi dalam karangan pelajar. Perbincangan secara deskriptif terhadap kohesi yang digunakan disertakan dengan contoh-contoh berkenaan untuk menjelaskan corak dan strategi kohesi yang digunakan oleh pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rujukan dan konjungsi merupakan dua jenis kohesi yang paling kerap digunakan. Selain itu, didapati juga bahawa ramai pelajar sering mengulang rujukan personal yang sama berkali-kali dalam karangan mereka. Jenis kohesi yang digunakan dalam karangan juga adalah sangat terhad dan ini menampakkan kelemahan pelajar dalam membina kesinambungan di antara satu bahagian dengan yang lain dalam karangan. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan kelemahan pelajar menguasai penggunaan kohesi nahuan dalam penulisan karangan. Beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kohesi nahuan juga dibincangkan untuk menolong pelajar menghasilkan karangan yang bermutu.

Note

Dissertation (M.Ling.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015

Share

COinS