Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini mengandungi perbahasan berkenaan Uslu:b Insya:‟iyy yang terdapat dalam puisi-puisi karya Imam Shafie. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauh mana kedudukan Imam Shafie sebagai seorang tokoh bahasa yang ulung melalui analisis puisi-puisi beliau dari aspek Uslu:b Insya:‟iyy.Puisi-puisi daripada Qa:fiaṯ al-Ta:‟ diterjemahkan terlebih dahulu menggunakan kamus-kamus yang mu‟tabar dan sumber-sumber rujukan lain yang berkaitan dengan balaghah. Kemudian puisi-puisi tersebut dianalisis dari aspek Uslu:b Insya:‟iyy dan diklasifikasikan kepada al-Insha:‟ al-Ṭalabiyy dan al-Insha:‟ Ghayr al-Ṭalabiyy. Seterusnya, maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam puisi Imam Shafie diteliti dan dikupas satu persatu.Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Bab Pertama merupakan bab pendahuluan. Bab Kedua pula berkisar tentang sejarah hidup Imam Shafie dan penglibatan beliau dalam bidang Bahasa Arab. Manakala perbahasan berkenaan Uslu:b Insya:‟iyy dari segi definisi dan jenis-jenisnya terkandung di dalam Bab Ketiga. Dalam Bab Keempat, puisi-puisi daripada Qa:fiaṯ al-Ta:‟ Imam Shafie dianalisis dari aspek Uslu:b Insya:‟iyy. Seterusnya, bab terakhir iaitu Bab Kelima merupakan bab rumusan dan penutup.Kajian yang dibuat mendapati bahawa Imam Shafie lebih cenderung menggunakan al-Insha:‟ al-Ṭalabiyy berbanding al-Insha:‟ Ghayr al-Ṭalabiyy dalam puisi beliau. Puisi-puisi tersebut mengandungi pelbagai maksud tersirat di sebalik jenis-jenis Uslu:b Insya:‟iyy yang digunakan. Kepelbagaian ini jelas menunjukkan kehebatan bahasa puisi Imam Shafie yang selayaknya dinobatkan sebagai salah seorang tokoh bahasa terulung.

Note

Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015

Share

COinS