Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
language
Department
Faculty of Languages and Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Salah satu pembahasan yang masih dikaji sampai sekarang oleh para sarjana linguistik Arab adalah masalah penggunaan gender yang terdapat dalam al-Quran al-Karim. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kategori gender yang terdapat dalam surah al-Shams, mengenal pasti elemen makna konteks penggunaan gender dalam surah al-Shams, dan menganalisis i‘ra:b kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan aplikasi analisis kandungan bagi menganalisa kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams dari sudut sintaksis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat pembahagian gender dalam surah al-Shams iaitu mudhakkar haqi:qiyy, mudhakkar maja:ziyy, mu’annath haqi:qiyy dan mu’annath maja:ziyy. Dari sudut makna, terdapat kesesuaian antara makna leksikologi dan makna sintaksis dalam kalangan kata gender dalam surah al-Shams. Manakala dari sudut i‘ra:b, kata gender dalam surah al-Shams ada yang berfungsi sebagai fa:‘il (subjek), ma‘tu:f (yang disambungkan), dan muqsam bih (sesuatu yang disumpah dengannya). Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa kata-kata gender dalam surah al-Shams telah digunapakai sesuai dengan konteksnya dan tidak semua kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams merupakan qiya:siyy namun ada juga yang merupakan sama:’iyy.
Note
Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
Recommended Citation
Syarifuddin, Mukhlis, "Analisis gender kata nama dalam surah Al-Shams / Mukhlis Syarifuddin" (2015). Student Works (2010-2019). 2945.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2945
6004-3._PERAKUAN.pdf (150 kB)
6004-4._ABSTRAK__dan_awalan.pdf (425 kB)
6004-Lampiran_A_-_Dissertation_&_thesis_correction_report(1).pdf (199 kB)
6004-total_tesis.pdf (1683 kB)