Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini menyelidik pelaksanaan pengajaran Tamadun Islam di IPGM di Lembah Klang. Terdapat empat objektif utama kajian ini iaitu isi kandungan sukatan pelajaran Tamadun Islam, kaedah yang digunakan dalam proses P&P, hasil pencapaian pelajar dan masalah yang dihadapi pelajar dalam kursus Tamadun Islam. Penyelidik menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mendapatkan data dengan menemu bual peserta kajian iaitu seramai lapan orang pensyarah Tamadun Islam, menjalankan pemerhatian dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini dilaksanakan di empat buah IPGM dalam Lembah Klang iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Teknik dan IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Data kualitatif yang diperolehi oleh pengkaji telah dianalisis menggunakan perisian program QSR Nvivo 8. Hal ini bertujuan untuk menjawab keempat-empat objektif kajian yang dinyatakan sebelum ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa isi kandungan Tamadun Islam yang diajar mempunyai objektif yang jelas, dan menambah pengetahuan. Seterusnya kaedah yang digunakan oleh pensyarah adalah bersesuaian dan berkesan, mempelbagaikan kaedah dan pelaksanaannya adalah lancar berdasarkan kepakaran dan kemahiran para pensyarah. Manakala hasil pembelajaran pula para pelajar berpuas hati dan ia dapat memberi beberapa perubahan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Masalah kajian pula yang dikenal pasti ialah dari aspek masa, jadual waktu, pensyarah, pelajar dan sumber rujukan. Sebagai kesimpulan dapatan kajian ini, penyelidik mengemukakan cadangan lanjutan bagi membantu pihak yang terlibat dalam proses P&P Tamadun Islam di IPGM iaitu pensyarah Tamadun Islam di IPG, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di setiap IPG, pentadbir di setiap IPG, Institut Pendidikan Guru Kampus Induk, Bahagian Pendidikan Guru serta pelajar KPLI SR agar dapat meningkatkan pelaksanaan pengajaran Tamadun Islam di IPG.

Note

Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.

Share

COinS