Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
language
Department
Faculty of Languages and Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada strategi komunikasi yang digunakan oleh murid-murid sekolah rendah semasa pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Tamil, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi-strategi komunikasi yang digunakan oleh murid-murid, untuk mengetahui fungsi sesuatu strategi itu digunakan dan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu strategi komunikasi digunakan semasa pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Pengkaji telah memilih 70 orang murid tahun enam sebagai sampel kajian. 25 orang daripada sampel terdiri daripada murid perempuan dan 45 orang adalah murid lelaki. Kaedah kualitatif telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat penganalisisan data. Bagi pengumpulan data instrumen seperti pemerhatian, rakaman video, rakam audio dan soal selidik telah digunakan. Hasil rakaman telah ditranskripsikan untuk membuat analisis terhadap strategi-strategi yang digunakan, faktor-faktor yang menggalakkan sesuatu strategi digunakan dan kesan-kesan sesuatu strategi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelbagai strategi telah dipilih oleh murid-murid semasa pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Kesan-kesan dan faktor-faktor pemilihan sesuatu strategi juga dapat dikesan. Maka murid-murid haruslah didedahkan dengan pelbagai strategi komunikasi bagi melancarkan komunikasi semasa mempelajari sesuatu mata pelajaran dalam Bahasa Kedua .
Note
Dissertation (M.Ling.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
Recommended Citation
Mariappan, Pushparani, "Strategi komunikasi dalam pembelajaran sains di Sekolah Rendah Tamil / Pushparani a/l Mariappan" (2015). Student Works (2010-2019). 2926.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2926