Author

Yoke Lan Woon

Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

cent1

Department

Cultural Centre

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan membanding tahap minat, persepsi dan pencapaian akademik di antara murid Melayu dan Cina tingkatan empat terhadap subjek Pendidikan Seni Visualdi (PSV) di zon Bangsar Kuala Lumpur. Tinjauan literatur menunjukkan pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk meneliti perbezaan pencapaian akademik di antara bangsa, namun tiada penyelidikan yang mengkaji mengenai subjek Pendidikan Seni Visual. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan (survey). Soal selidik dan dokumen analisis sebagai instrumen kajian. Analisis tentang sampel kajian adalah berdasarkan data yang dikumpulkan melalui soal selidik. Soal selidik mengandungi 23 item. Semua pilihan di bawah item-item menggunakan pengukuran berskala Likert. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 14.0. Kajian ini dijalankan di empat sekolah menengah kebangsaan zon Bangsar Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri daripada 303 orang murid tingkatan empat yang mengikuti subjek PSV. Pada keseluruhannya, responden minat terhadap subjek PSV. Pencapaian responden lelaki lebih cemerlang dalam penguasaan teori seni manakala responden perempuan lebih cemerlang dalam penguasaan lukisan. Jika dibanding dengan bangsa Cina, bangsa Melayu lebih minat terhadap subjek PSV dan seterusnya mencapai tahap yang lebih cemerlang dalam penilaian subjek PSV.

Note

Dissertation (M.A.Perform.Arts) -– Cultural Centre, University of Malaya, 2015

Share

COinS