Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

cent1

Department

Cultural Centre

Institution

University of Malaya

Abstract

Muzik di dalam filem atau lebih mudah dikenali sebagai muzik-filem (film-music) merupakan satu model seni yang telah berkembang sejak permulaan kemunculan drama teater dan pentas opera di mana ia mengandungi dua bentuk seni yang berbeza iaitu muzikal dan sinematik. (Gorbman, 1987; Marshall & Cohen, 1988; Burt, 1994). Namun hasil dari interaksi yang kompleks mewujudkan sebuah pemahaman dan penafsiran yang amat menarik untuk dikaji. Oleh itu, satu penyelidikan akan dilakukan di dalam proses merungkai serta memahami setiap bentuk fungsi muzikal di dalam filem meliputi fungsinya secara formal, naratif serta emosi berdasarkan penulisan-penulisan teoritikal yang dijadikan sebuah kerangka teori sebagai asas penyelidikan. Filem Ibu Mertuaku (1962) arahan P.Ramlee akan dipilih sebagai model kajian kes berdasarkan kepada tahap keupayaan sumber naratif muzikalnya yang mampu untuk memenuhi perspektif fokus kajian. Proses penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif ini akan menghuraikan dan memperjelaskan segala fungsi muzikal yang berinteraksi di dalam plot serta scene filem samada dalam bentuk formal, naratif mahupun emosi. Hasil analisis akan membantu memberikan gambaran yang lebih jelas bahawa peranan unsur-unsur muzikal ini memainkan fungsi yang lebih dominan terhadap sesebuah filem selain daripada elemen-elemen filem yang lain. Daripada hasil penyelidikan tesis ini diharap dapat dijadikan rujukan serta garis panduan kepada seluruh pembaca amnya dan komposer-komposer serta pengarah-pengarah filem khususnya dalam membina hubungan unsur muzikal-sinematik yang lebih simbolik, filemik dan filosofik.

Note

Dissertation (M.A.Perform.Arts) -– Cultural Centre, University of Malaya, 2015

Share

COinS