Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Teknologi maklumat merupakan istilah yang menggambarkan kewujudan suatu bentuk teknologi berkaitan pemanipulasian maklumat. Ia menyokong operasi input, pemprosesan data, output, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Kewujudan internet, jaringan komunikasi maklumat tanpa wayar (wireless), aplikasi perkhidmatan atas talian (online), penciptaan perisian (software) yang canggih dan sebagainya menjadi petunjuk keupayaan fungsi dan ciri-ciri teknologi ini. Atas alasan keupayaan fungsi dan ciri-ciri sedemikian, ia diakui sebagai teknologi terunggul di era maklumat kini. Di sebalik keupayaan fungsinya, teknologi ini tiada jangkauan dari aspek menapis kebenaran maklumat. Sebarang data dan maklumat yang menepati protokol teknologi ini adalah diterima. Manakala ilmu hadith merupakan suatu disiplin ilmu yang terasas di atas kebenaran dan kesahan maklumat. Perbezaan tersebut mewujudkan implikasi. Kajian ini meneliti bagaimana teknologi maklumat beserta fungsi dan ciri-cirinya memberi kesan terhadap ilmu hadith dan perkembangannya sebagai suatu epistemologi yang berteraskan kebenaran dan kesahan maklumat.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS