Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis
Divisions
language
Department
Faculty of Languages and Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Kecekapan dalam kemahiran berbahasa sangat bergantung kepada saiz kosa kata (SKK) yang dimiliki oleh seseorang individu. Kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (SLA) mengesyorkan penguasaan sekurang-kurangnya 2000 perkataan berfrekuensi tinggi. Justeru, kajian kuantitatif ini dijalankan dengan tujuan mengukur SKK bahasa Arab pelajar, menganalisis hubungannya dengan kecekapan bertutur, menerangkan faktor perbezaan indivdu yang berhubung dengannya serta mengenal pasti strategi pembelajaran kosa kata yang diamalkan oleh kelompok dikaji. Bagi tujuan pengumpulan data, borang soal selidik, Ujian Tahap Kosa Kata Bahasa Arab (aVLT) dan Ujian Kecekapan Lisan Bahasa Arab (aSOPI) ditadbir. Sampel kajian terdiri daripada 227 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang ditentukan menerusi kaedah persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences V20.0 (SPSS). Ujian-T, Korelasi Pearson, Korelasi Spearman, dan ANOVA adalah alat statistik yang digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa SKK bahasa Arab bagi pelajar Melayu secara purata berada di bawah paras yang disyorkan iaitu 1231 patah perkataan. Dapatan kajian turut membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan antara SKK dengan kemahiran bertutur. Beberapa faktor dikenalpasti mempunyai hubungan dengan SKK pelajar sekaligus mengukuhkan kepentingan SKK dalam konteks pembelajaran di peringkat IPT di Malaysia. Kajian mencadangkan model pembelajaran kosa kata secara kendiri bersandarkan kepada faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai usaha memperkasa SKK pelajar pada masa hadapan.
Note
Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
Recommended Citation
Zaini, Abdul Razif, "Penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di peringkat kolej universiti / Abdul Razif bin Zaini" (2015). Student Works (2010-2019). 2830.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2830
5868-03THESIS_SKKFINAL.pdf (4845 kB)
5868-04_Lampiran_MPK3FINAL.pdf (805 kB)