Author

Mail Fauziah

Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

education

Department

Faculty of Education

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Perkataan patriotisme atau 'patriotes' dari Bahasa Greek bermakna „fellow countrymen‟ iaitu rakan senegara dan „patrice‟ daripada perkataan „pater‟ atau „father‟ yang bermakna „fatherland‟ atau „country‟ iaitu tanah air atau negara (Saifuddin, 2005). Patriotisme merupakan semangat mencintai, mencurah bakti dan mentaati tanah air (Norzanah, 2007). Patriotisme adalah semangat kesetianegaraan, kepatriotikan dan cinta akan negara (Abdullah & Ainon, 1994). Berdasarkan petikan tafsiran semangat patriotisme di atas, semangat ini berkait rapat dengan perasaan dan tingkah laku seseorang individu seperti cinta, sayang, taat, setia dan bangga terhadap bangsa dan negara. Tafsiran mengenai semangat patriotisme masyarakat di Malaysia juga mempunyai persamaan dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

Note

Thesis (PhD) - Faculty of Education, Universiti Malaya, 2015.

Share

COinS