Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis
Divisions
fac_law
Department
Academy of Malay Studies
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini menggunakan pendekatan Eko untuk menganalisis bagaimana penulis Sarawak menterjemahkan alam sekitar dalam karya berdasarkan isu-isu yang diangkat dalam novel mereka. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bentuk persaingan antara spesies yang terdapat dalam novel, mengkaji punca berlaku kemerosotan mutu alam sekitar akibat pencemaran dalam karya, meneliti kesan guna tanah terhadap alam sekitar dan menganalisis gaya bahasa bagi menggambarkan unsur alam yang terdapat dalam novel Sarawak terpilih. Kajian ini menemukan bahawa novel yang dihasilkan berjaya menyelami bagaimana kemerosotan mutu alam sekitar akibat pencemaran berlaku, seterusnya mempersembahkan kesan guna tanah terhadap alam sekitar akibat pelbagai aktiviti manusia terhadap alam. Berdasarkan analisis, didapati terdapat kecenderungan pengarang untuk mengangkat elemen alam sekitar dalam karya dan cuba meningkatkan kesedaran pembaca tentang kepentingan alam melalui paparan kesan dan impak terhadap alam sekitar. Persaingan antara spesies diaplikasikan dalam novel berdasarkan persaingan interspesies dan intraspesies melibatkan penjajah, orang yang dijajah, masyarakat peribumi dan kepercayaan terhadap kuasa supernatural. Impak terhadap persekitaran berlaku disebabkan degradasi hutan secara tidak terkawal, kemerosotan mutu kehidupan akibat pencemaran, kemusnahan ekologi, dan warisan budaya akibat penenggelaman hutan untuk pembinaan empangan. Kesedaran tentang kepentingan cara hidup yang seimbang antara pembangunan material dan kesejahteraan hidup secara semulajadi di persekitaran yang sihat menyebabkan wujud kesedaran untuk mengaplikasikan pembangunan lestari, serta corak pembalakan dan pertanian mampan. Elemen alam sekitar yang digunakan melalui bahasa dan ekologi dikesan berdasarkan bagaimana pengarang mengimplementasikan lambang dan bahasa kiasan dalam novel. Penggunaan lambang melibatkan unsur alam abiotik dan biotik, manakala kiasan tentang alam dalam karya diungkapkan melalui penggunaan personifikasi, metafora dan simili dalam novel.
Note
Thesis (Ph.D.) -- Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2015
Recommended Citation
Mamat, Maharam, "Alam sekitar dalam novel-novel penulis Sarawak : analisis kritikan Eko / Maharam binti Mamat" (2015). Student Works (2010-2019). 2788.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2788
5777-Bab_3_Persaingan_Antara_Spesis_final_Terkini.pdf (443 kB)
5777-Bab_4_Kemerosotan_mutu_alam_sekitar.pdf (319 kB)
5777-Bab_5_kesan_Guna_Tanah_Terhadap_Alam_Sekitar.pdf (438 kB)
5777-bab_6_Bahasa_dan_eko.pdf (346 kB)
5777-BAB_TUJUH_KESIMPULAN_TERKINI_2.pdf (338 kB)
5777-BIBLIOGRAFI_Final_3.pdf (407 kB)
5777-cover_muka_depan.pdf (30 kB)
5777-Lampiran_Terkini_2.pdf (384 kB)
5777-mUKA_dEPANbARU_2015.pdf (246 kB)