Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Akademik Pengajian Islam
Institution
University of Malaya
Abstract
Produk berstruktur Islam merupakan salah satu instrumen pelaburan yang kompetetif dan berdaya saing dalam pasaran modal Islam. Ia berfungsi sebagai alternatif bagi produk berstruktur konvensional serta berpotensi memberikan pulangan disamping melindungi modal pelaburan. Produk ini pada asalnya distruktur bercirikan konvensional, namun perbankan Islam turut mengambil inisiatif menerbitkan produk berstruktur dengan membuat beberapa perubahan bagi memenuhi piawaian Syarak. Justeru itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji teori dan konsep produk berstruktur Islam serta meneliti dan menganalisa isu-isu Syariah dalam penstrukturan produk tersebut. Kajian khusus dilakukan terhadap produk “Islamic Equity-Linked Structured Investment-i” yang diterbitkan oleh HSBC Amanah. Metode dokumentasi diaplikasikan dalam mengumpul data manakala metode induktif, deduktif dan komparatif digunakan untuk menganalisa data-data tersebut. Hasil daripada penelitian dan pemerhatian yang dilakukan, antara isu Syariah yang berbangkit dan perlu diberi perhatian teliti daripada produk ini ialah penggunaan opsyen, ‘urbun dan kontrak wakalah bi al-istithmar. Setelah diteliti dan dianalisa, kajian ini mendapati bahawa isu-isu Syariah tersebut telah ditangani dengan baik oleh pihak HSBC Amanah dengan bantuan Jawatankuasa Syariah. Justeru, dapat dirumuskan bahawa produk “Islamic Equity-Linked Structured Investment-i” adalah selari dengan prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.
Note
Dissertation (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
Recommended Citation
Sofhan Jamiela, Rosli, "Produk berstruktur Islam di Malaysia: Analisis terhadap produk “Islamic equity-linked structured investment-i”
/ Sofhan Jamiela binti Rosli" (2015). Student Works (2010-2019). 2783.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2783
5762-3._AWALAN.pdf (480 kB)
5762-4._BAB_1_(PENDAHULUAN).pdf (263 kB)
5762-5._BAB_2_(KONSEP_PRODUK_BERSTRUKTUR).pdf (560 kB)
5762-6._BAB_3_(PRODUK__“Islamic_Equity-Linked_Structured_Investment-i”_di_HSBC_Amanah).pdf (682 kB)
5762-7._BAB_4_(ISU-ISU_SYARIAH_DAN_ANALISA_PRODUK).pdf (881 kB)
5762-8._BAB_5_(RUMUSAN_DAN_CADANGAN).pdf (310 kB)
5762-9._BIBLIOGRAFI.pdf (280 kB)
5762-10._LAMPIRAN_(soalan_temubual).pdf (149 kB)
5762-pembahagian_bab_TNR.pdf (75 kB)