Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

9

Department

Dept of Syariah & Economics

Institution

University of Malaya

Abstract

Sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya yang kedua, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) juga turut menawarkan produk-produk yang berasaskan kontrak bay‘ al-tawarruq. Oleh yang demikian, disertasi ini bertujuan untuk mengkaji prinsip asal pelaksanaan transaksi bay‘ al-tawarruq, pelaksanaan semasa transaksi tawarruq di BMMB dan beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan transaksi ini khususnya kesahihannya berdasarkan prinsip Syariah. Data kajian diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Antara sumber sekunder yang dirujuk ialah data dari perpustakaan, merujuk bahan-bahan rujukan seperti buku-buku, kertas kerja, jurnal-jurnal dan petikan akhbar. Sumber primer pula penyelidik perolehi melalui temubual bersama pegawai-pegawai di BMMB. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan platform Bursa Pasaran Komoditi (Bursa Suq al-Sila‘) oleh BMMB telah dapat mengatasi kebanyakan isu syariah yang dibangkitkan oleh para cendiakawan Islam di peringkat antarabangsa dalam pelaksanaan tawarruq munaẓẓam.

Note

Dissertation (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015

Share

COinS