Author

Dasima Sidek

Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar yang begitu meruncing. Adakah permasalahan tersebut disebabkan oleh pembelajaran PSI kurang berkesan atau terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya pelanggaran batas akhlak pelajar dalam pergaulan mereka. Bertepatan dengan objektif kajian yang disasarkan iaitu perlunya membuat penyelidikan pandangan fuqaha’ tentang pergaulan dalam Islam sebagai sandaran kajian. Proses menilai keberkesanan kurikulum PSI terhadap pergaulan pelajar dan kajian sebab-sebab sebenar pelanggaran batas pergaulan pelajar juga dilakukan untuk memenuhi tuntutan kajian ini. Dalam kajian ini, metode soal selidik dipilih dan dilakukan terhadap pelajar tingkatan lima di dua buah sekolah menengah di Kuala Terengganu iaitu, SMKA Tok Jiring dan SBPI Batu Rakit. Hasil kajian ini mendapati bahawa PSI masih lagi berkesan dalam konteks membataskan pergaulan pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa punca sebenar pelanggaran batas pergaulan didominasi oleh faktor luaran berbanding faktor dalaman. Aspek kefahaman pelajar terhadap kurikulum PSI adalah tinggi, sementara tahap penghayatannya pula adalah sederhana. Justeru, beberapa langkah penambahbaikan yang disarankan perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap tersebut.

Note

Dissertation (M.Syariah) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015

Share

COinS