Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang pandangan ulama Pesantren Musthafawiyah Purba Baru terhadap isu gender. Tiga aspek utama telah dipilih iaitu pandangan ulama pesantren terhadap isu politik, pekerjaan dan pemilikan harta. Kajian ini menggabungkan antara kajian berbentuk kajian perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan bagi menjelaskan landasan teori yang berkaitan dengan aliran pemikiran dan manhaj ulama pesantren dalam isu gender. Manakala kajian lapangan melibatkan temubual dengan ulama-ulama pesantren. Bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah pesantren pengkaji menemubual pimpinan pesantren dan menemubual sebahagian tenaga pengajar senior. Untuk merumuskan pandangan ulama pesantren dalam isu gender, pengkaji menemubual ulama-ulama pesantren seramai enam orang. Hasil kajian ini mendapati bahawa para ulama Pesantren Musthafawiyah Purba Baru bersepakat dalam memberi pandangan terhadap isu gender iaitu menolak perlantikan wanita sebagai pemimpin utama dalam sebuah negara (wilayah al-a‘zam) dan menolak perlantikan wanita sebagai hakim syari’e. Walaupun begitu, dalam aspek kehartaan, wanita dibenarkan untuk bekerja tetapi wajib memenuhi ketentuan syarak di samping mereka juga berhak memiliki harta sendiri. Kesepakatan pandangan ini disebabkan latar belakang pendidikan, metodologi, dan hujah yang sama, serta pengaruh persekitaran yang serupa.
Note
Dissertation (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015
Recommended Citation
Lubis, Aminuddin, "Pemikiran ulama pesantren terhadap isu gender : kajian di Pesantren Musthafawiyah Purba-Baru Mandailing Sumatera Utara, Indonesia / Aminuddin Lubis" (2015). Student Works (2010-2019). 2778.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2778