Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis
Divisions
education
Department
Fakulti Pendidikan
Institution
University of Malaya
Abstract
Pencapaian pelajar dalam bahasa ketiga ataupun bahasa asing sering dipertikaikan oleh pihak pengurusan dan kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kesejajaran kurikulum antara kurikulum bertulis bahasa Mandarin dengan pelaksanaannya, yakni pelaksanaan kurikulum pengajaran oleh pensyarah dan kurikulum dipelajari oleh pelajar dalam kelas demi meneliti fenomena tersebut secara holistik. Di samping itu, kajian ini juga meneliti pengalaman pelajar mempelajari bahasa Mandarin. Kajian kualitatif ini menerapkan model pengauditan English (1992) dan model iluminatif yang diperkenalkan oleh Parlett dan Hamilton (1977) untuk meneliti proses pelaksanaan kurikulum. Dua konsep daripada model iluminatif iaitu sistem pengajaran dan milieu pembelajaran digunakan sebagai kriteria untuk mendapat data kajian Peserta kajian adalah terdiri daripada tiga orang pensyarah dan sembilan orang pelajar daripada tiga kelas bahasa Mandarin pada tahap III di salah satu universiti di Malaysia. Pelbagai protokol kaedah kajian kualitatif seperti pemerhatian kelas, temu bual dan analisis dokumen diguna pakai sebagai sumber data. Data yang dikumpul dikendalikan dengan menggunakan NVivo 10. Hasil analisis menunjukkan terdapat kesejajaran dan ketidaksejajaran antara kurikulum bertulis dengan pelakasanaan kurikulum dalam kelas bahasa Mandarin. Ketiga-tiga pensyarah menghabiskan sukatan pelajaran dan menjalankan penilaian berdasarkan kurikulum yang ditetapkan dalam kurikulum bertulis. Ketidaksejajaran kurikulum yang paling nyata adalah ketiga-tiga pensyarah mengaplikasikan pendekatan nahu terjemahan dalam pengajaran, iaitu fokus kepada penerangan kosa kata, tatabahasa dan membetulkan sebutan dalam kelas. Dengan itu, pensyarah mengabaikan aktiviti kelas yang melibatkan pembelajaran aktif seperti pengajaran komunikatif yang ternyata dalam iv kurikulum bertulis dan diingini pelajar. Pelajar setakat memahami pengajaran pensyarah dalam kelas sahaja, pengalaman pembelajaran pelajar setakat menerima informasi tanpa melibatkan diri secara aktif untuk mengaplikasikan bahasa yang dipelajari dalam kelas. Hal ini berlaku kerana kefahaman pensyarah terhadap kurikulum ini dipengaruhi oleh kepercayaan pensyarah masing-masing. Lebih-lebih lagi, didapati tidak mempunyai penerangan yang terperinci dalam dokumen kurikulum bertulis tentang perkara tersebut. Selain itu, pelajar cuma belajar untuk menghadapi peperiksaan walaupun mereka minat terhadap bahasa yang dipelajari. Ini telah menyebakan penguasaan kosa kata dan pengetahuan dalam bahasa yang dipelajari adalah terhad dan dalam ingatan sementara sahaja. Hal ini juga menyebabkan pencapaian akademik pelajar lebih baik daripada keupayaan bertutur pelajar dalam bahasa Mandarin. Sehubungan dengan itu, pelajar tidak mengaplikasikan bahasa Mandarin dalam komuniti kerana segan, takut melakukan kesalahan dan tidak mempunyai keyakinan. Lebih-lebih lagi, pelajar tidak mempunyai peluang untuk bertutur bahasa yang dipelajari dalam kelas sebelum diaplikasikan dalam komuniti. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk penggubal kurikulum bahasa terutama sekali bahasa ketiga ataupun bahasa asing untuk mereka dan penambahbaikan kurikulum. Di samping itu, dapatan kajian ini memanfaatkan pensyarah dan pengkaji dalam bidang berkenaan. Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati flipeed classroom merupakan salah satu model pengajaran yang sesuai diterapkan dalam kurikulum kursus bahasa Mandarin. Selain itu, kajian lanjut juga disyorkan.
Note
Thesis (Ph.D.) - Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2015.
Recommended Citation
Teh, Hong Siok, "Kesejajaran kurikulum bahasa Mandarin dan pelaksanaannya
di institusi pengajian tinggi / Teh Hong Siok" (2015). Student Works (2010-2019). 2766.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2766
5521-BAB_1.pdf (124 kB)
5521-BAB_2.pdf (594 kB)
5521-BAB_3.pdf (320 kB)
5521-BAB_4.pdf (928 kB)
5521-BAB_5.pdf (422 kB)
5521-Halaman_Judul.pdf (7 kB)
5521-Halaman_Tajuk.pdf (4 kB)
5521-JADUAL_KANDUNGAN.pdf (58 kB)
5521-Lampiram_M.b.pdf (248 kB)
5521-Lampiram_M.ms378.pdf (248 kB)
5521-Lampiran_N.ms379.pdf (200 kB)
5521-Lampiran_N.pdf (199 kB)
5521-lampiran.Ma.pdf (575 kB)
5521-LAMPIRAN.pdf (2090 kB)
5521-PENGHARGAAN.pdf (82 kB)
5521-Perakuan_Keaslian_Penulisan.pdf (318 kB)
5521-Rujukan.pdf (532 kB)
5521-SENARAI__PEMBENTANGAN_PENERTBITAN.pdf (83 kB)
5521-SENARAI_GAMBAR_RAJAH.pdf (84 kB)
5521-SENARAI_JADUAL.pdf (87 kB)
5521-SENARAI_LAMPIRAN.pdf (87 kB)
5521-SENARAI_RAJAH.pdf (84 kB)
5521-SENARAI_SINGKATAN.pdf (85 kB)
5521-Sinopsis.pdf (155 kB)