Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Sebuah korporat bukan sahaja perlu mengambil keuntungan semata-mata, tetapi juga mempunyai peranan terhadap pembangunan sosial dan masyarakat. Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibilies (CSR) Bank Muamalat Indonesia di Aceh merupakan salah satu CSR yang mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam membangunkan ekonomi masyarakat Aceh. Kajian ini dijalankan untuk menganalisa peranan program CSR Bank Muamalat Indonesia dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Aceh. Antara program tersebut ialah Program Orphan Kafalah dan Islamic Solidarity School (ISS), selanjutnya menjelaskan hal-hal berkaitan cabarancabaran dalam pelaksanaan program tersebut dan memberikan saranan kepada Bank Muamalat Indonesia dan pemerintah Aceh untuk terus bersatu padu dalam pembangunan ekonomi Masyarakat Aceh. Metodologi yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif, iaitu dengan mengadakan temu bual langsung, serta pemerhatian dengan pihak berkaitan di Bank Mualamat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan program CSR Bank Muamalat Indonesia memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi masyarakat Aceh. Antaranya memberi jaminan kehidupan kepada anak yatim berupa biasiswa, peluang pekerjaan serta pembinaan infrastruktur yang baik kepada anak yatim mangsa konflik dan Tsunami.

Note

Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.

Share

COinS