Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Akademik Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Takwim Hijri merupakan takwim yang diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab R.A yang dibangunkan berdasarkan kenampakan awal hilal, manakala takwim Gregory diasaskan oleh Pope Gregory XIII. Panjang hari dalam kalendar Hijri dikira selama 354 hari dan panjang hari dalam kalendar Gregory pula dikira sebanyak 365 hari. Kedua-dua kalendar mempunyai perbezaan 11 hari dalam setahun. Oleh kerana terdapat perbezaan 11 hari, maka dalam konteks industri takaful motor pengkaji telah mengandaikan dengan hipotesis peserta akan menyumbang lebihan wang kepada syarikat takaful sekiranya sistem yang digunakan menggunakan kalendar Gregory. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah pelaksanaan perlindungan takaful motor di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (TISB). Kedua, menganalisis implikasi pelaksanaan takwim Hijri kepada peserta dan syarikat takaful manakala yang ketiga menganalisis potensi penggunaan takwim Hijri kepada peserta takaful motor. Bagi menepati objektif yang digariskan, pengkaji menggunakan kaedah induktif dan deduktif dalam menganalisis data yang diperolehi. Kajian ini mendapati penggunaan takwim Gregory digunakan sepenuhnya di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (TISB). Kedua, agak sukar untuk melaksanakan kemungkinan penggunaan kalendar Hijri buat masa kini berdasarkan masalah-masalah yang ada. Ketiga, hasil utama kajian ini mendapati bahawa penggunaan takwim Hijri adalah sama sumbangan dengan kalendar Gregory walaupun diunjurkan selama 10 tahun Gregory.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
Recommended Citation
Muhammad Ridzuan, Hashim, "Kajian kemungkinan penggunaan kalendar hijri dalam industri Takaful di Malaysia / Muhammad Ridzuan Hashim" (2015). Student Works (2010-2019). 2729.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2729
5049-3_abstrak_melayu-english-penghargaan_M-FINAL.pdf (134 kB)
5049-4_Kandungan_R-senarai_rajah.pdf (331 kB)
5049-5_BAB_SATU.pdf (340 kB)
5049-6_BAB_DUA.pdf (451 kB)
5049-7_BAB_TIGA.pdf (765 kB)
5049-8_BAB_EMPAT.pdf (584 kB)
5049-lampiran.pdf (89 kB)
5049-rujukan.pdf (188 kB)