Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Wakaf telah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Aceh semenjak Islam masuk ke Nusantara, antaranya adalah amalan wakaf dalam pembangunan institusi pendidikan dayah di seluruh Aceh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan wakaf di Aceh, menganalisa pembiayaan pendididikan melalui wakaf di Aceh dan menganalisa halangan dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf di Aceh. Metode yang digunakan adalah metode kualitatif, data diperolehi menerusi sesi temu bual dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa potensi pembangunan wakaf di Aceh sangat besar, namun potensi yang besar itu belum mampu memberikan impak yang besar dalam mensejahterakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan. Wakaf telah berperanan dalam pembiayaan pendidikan di Aceh dari aspek menyediakan tanah untuk tapak pembinaan dayah. Wakaf juga mempunyai peranan dalam menyediakan bangunan dayah, namun aspek wakaf produktif masih belum memberikan peranan yang signifikan dalam menanggung kos operasi pendidikan dayah. Halangan dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf didapati berpunca daripada pihak nazir, kerajaan dan masyarakat. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa wakaf memiliki peranan dalam pembiayaan pendidikan di Aceh, namun wakaf belum dimanfaatkan sepenuhnya

Note

Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.

Share

COinS