Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Audit syariah merupakan proses penilaian atau kaedah yang mempunyai kepakaran teknikal untuk melakukan peperiksaan dan pengesahan urus tadbir sesuatu organisasi bagi memastikan ia mengikut prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam. Penyelidikan ini memberi penumpuan berkenaan dengan pengauditan dalam metodologi Islam sebagai cabang daripada sistem kewangan Islam. Ia bertujuan untuk menerangkan dari sudut makna, konsep, ciri-ciri, prinsip, penyediaan laporan dan aplikasi. Penyelidikan ini juga akan cuba menghuraikan secara terperinci tentang audit syariah khususnya dalam sektor perbankan untuk dijadikan panduan yang terbaik serta boleh digunapakai di Malaysia. Penyelidikan ini sejajar dengan apa yang dicadangkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan diharapkan sedikit sebanyak mampu mengelakkan daripada kes-kes yang menjejaskan kredibiliti sistem kewangan berasaskan Islam. Perincian tentang pengaplikasian dalam landskap pengauditan syariah di Malaysia ini diperjelaskan melalui operasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa audit syariah telah diaplikasikan dengan sempurna di dalam landskap pengawasan secara Islam di Malaysia.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Wan Mohd Ashraf Adlin, Wan Draman, "Aplikasi audit syariah dalam institusi kewangan Islam di Malaysia : Kajian di Bank Islam Malaysia Berhad
/ Wan Mohd Ashraf Adlin Wan Draman" (2015). Student Works (2010-2019). 2724.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2724
5020-2_ABSTRAK.pdf (57 kB)
5020-3_PENGHARGAAN.pdf (95 kB)
5020-4_DAFTAR_ISI.pdf (85 kB)
5020-5_KAEDAH_TRANSLITERASI.pdf (67 kB)
5020-6_SENARAI_SINGKATAN.pdf (82 kB)
5020-7_SENARAI_JADUAL.pdf (57 kB)
5020-8_SENARAI_RAJAH.pdf (58 kB)
5020-9_SENARAI_LAMPIRAN.pdf (49 kB)
5020-10_BAB_1.pdf (237 kB)
5020-11_BAB_2.pdf (345 kB)
5020-12_BAB_3.pdf (279 kB)
5020-13_BAB_4.pdf (405 kB)
5020-14_BAB_5.pdf (133 kB)
5020-15_BIBLIOGRAFI.pdf (168 kB)
5020-16_LAMPIRAN.pdf (145 kB)
5020-17_Annual_Report_2012_-_Shariah_Report.pdf (601 kB)
5020-18_Annual_Report_2012_-_Report_2.pdf (387 kB)
5020-LABEL_CD.pdf (21 kB)