Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Literatur menunjukkan bahawa etika kerja merupakan salah satu isu penting di dalam pengurusan organisasi. Pencapaian sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pekerjanya. Terdapat banyak kes yang boleh disifatkan sebagai amalan yang tidak beretika seperti penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, membuang masa, pemalsuan dokumen, gangguan seksual, fitnah dan sebagainya. Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh kepada setiap muslim tentang amalan etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan kerjaya mereka. Disertasi ini membincangkan hasil kajian tentang perlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di Johor Corporation (JCorp), dengan fokus kepada Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Pentadbiran. EKI merupakan sebahagian dari cabang ajaran Islam yang boleh dijadikan panduan bagi mencapai pengurusan organisasi yang cekap. EKI merangkumi pelbagai aspek seperti keimanan, nilai-nilai murni dan kecekapan organisasi. Melalui EKI yang diamalkan diharapkan akan menggalakkan individu untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang serta meningkatkan kualiti kerja. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. 2 pengurus yang mewakili pengurusan tertinggi dan 6 pegawai peringkat pertengahan dari JCorp telah ditemubual untuk menyelidiki tentang amalan EKI di JCorp. Fokus kajian meliputi strategi perlaksanaan, faktor yang mempengaruhi serta faedah amalan EKI di JCorp. Strategi yang digunakan oleh JCorp adalah dengan memberi kesedaran kepada anggota pekerja mengenai EKI, mengadakan latihan, promosi dan pemantauan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa faktor pengurusan memainkan peranan utama dalam perlaksanaan EKI. Selain itu terdapat juga faktor lain seperti kefahaman pekerja, komunikasi, latihan, disiplin dan persekitaran kerja yang mempengaruhi EKI. Pelaksanaan EKI turut meningkatkan komitmen pekerja, pencapaian organisasi serta keyakinan pelabur dan masyarakat. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu organisasi-organisasi lain dalam merangka dan membangunkan EKI mereka masing-masing.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Muhammad Mustakim, Mohamed Noh, "Pelaksanaan etika kerja Islam: Kajian kes di Johor corporation / Muhammad Mustakim Mohamed Noh" (2015). Student Works (2010-2019). 2722.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2722
5014-BAB_1_PENDAHULUAN.pdf (313 kB)
5014-BAB_2_KONSEP_ETIKA_KERJA.pdf (892 kB)
5014-BAB_3_METODOLOGI_KAJIAN.pdf (289 kB)
5014-BAB_4_HASIL_KAJIAN.pdf (533 kB)
5014-BAB_5_PENUTUP.pdf (476 kB)
5014-BIBLIOGRAFI.pdf (186 kB)
5014-LAMPIRAN_1.tif (1196 kB)
5014-LAMPIRAN_2.pdf (154 kB)
5014-LAMPIRAN_3.pdf (7 kB)
5014-LAMPIRAN_4.pdf (204 kB)
5014-PENGESAHAN_HAJAH_AZIZAH.pdf (137 kB)