Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Terdapat beberapa bank di Singapura yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Pelbagai produk perbankan Islam yang melandaskan Syariah ditawarkan dan ia bertambah tahun demi tahun.. Bank-bank yang terlibat berusaha untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan pelbagai cara terutamanya kepada masyarakat Islam. Singapura mempunyai penduduk beragama Islam yang kecil dengan peratusan sebanyak 14.7. Walau bagaimanapun, sokongan masyarakat Islam di Singapura amatlah diperlukan untuk perkembangan perbankan Islam di Singapura. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meninjau kesedaran dan penerimaan masyarakat Islam Singapura terhadap perkhidmatan dan produk-produk perbankan Islam. Dengan itu, disertasi ini juga mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada pemilihan pengguna terhadap perkhidmatan perbankan Islam. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dijalankan untuk memperolehi maklumat daripada buku-buku dan artikel-artikel jurnal mankala kajian lapangan dilakukan melalui kaedah temubual. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden kurang mempunyai kesedaran terhadap produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di Singapura. Walau bagaimanapun, mereka menerima and menyokong perbankan Islam. Ini disebabkan faktor utama yang mendorong pemilihan masyarakat Islam untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Islam adalah agama Islam sendiri.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Siti Nur Fazilah, Aziz, "Awareness and acceptance of Singaporean Muslims towards Islamic banking products and services / Siti Nur Fazilah Abdul Aziz" (2015). Student Works (2010-2019). 2721.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2721
5013-chapter_1_final.pdf (257 kB)
5013-chapter_2_final.pdf (530 kB)
5013-chapter_3_final.pdf (313 kB)
5013-chapter_4_final.pdf (409 kB)
5013-chapter_5_final.pdf (210 kB)
5013-KULIT_DEPAN.pdf (6 kB)