Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Disertasi ini membincangkan tentang konsep akad al-Mudarabah seperti yang dibincangkan oleh ulama dalam kitab fiqh klasik dan moden. Kajian ini juga bertujuan menganalisis aplikasi akad al-Mudarabah dalam produk deposit di Bank Aceh Syariah Langsa, Aceh, Indonesia. Maklumat dan data dikumpulkan menggunakan metode perpustakaan, dokumentasi, temubual dan historis. Maklumat dan data yang diperolehi di analisis menggunakan metod deduktif dan metod induktif. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa akad al-Mudarabah adalah akad perkongsian antara pemilik dana (Sahib al-Mal) dan bank (al-Mudarib) untuk mendapatkan keuntungkan yang halal. Keuntungan dari pelaburan tersebut akan dikongsi oleh dua belah pihak berdasarkan persetujuan di awal akad dengan menggunakan pendekatan perkongsian pendapatan (Revenue Sharing). Selain itu, hasil dari kajian ini ialah mekanisme perkhidmatan dan produk deposit al-Mudarabah yang diaplikasikan oleh Bank Aceh Syariah secara amnya bersesuaian dengan prinsip Syarak dan selari dengan konsep fiqh muamalah klasik dan moden.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Muhammad, Riza, "Aplikasi akad al-mudarabah di Bank Aceh Syariah, Indonesia / Muhammad Riza" (2015). Student Works (2010-2019). 2718.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2718