Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Di Aceh banyak berlaku kes penangguhan pembahagian harta pusaka yang kadang-kadang mengambil masa yang sangat lama. Keadaan ini dari segi Islam adalah tidak digalakkan kerana ia melambatkan pembahagian hak waris. Di Kabupaten Acheh Besar adalah antara kabupaten yang banyak terjadi kes-kes penangguhan ini. Kajian ini akan mengenalpasti kesan penangguhan pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Islam di Kabupaten Aceh Besar. Maklumat dan data telah dikumpulkan dari perpustakaan dan penyelidikan lapangan dengan menggunakan metode dokumentasi, temubual dan observasi. Maklumat dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode deduktif dan metode induktif. Dalam kajian ini pengkaji menemukan bahawa faktor berlakunya penangguhan pembahagian harta pusaka antaranya memang disengajakan iaitu atas alasan untuk membina silaturrahim dengan menjadikan rumah pusaka sebagai tempat untuk berkumpul, harta pusaka yang sedikit, adanya ahli waris yang ekonominya lemah dan sangat berhajat kepada rumah, disebabkan masih adanya janda atau duda, ada ahli waris yang belum dewasa, harta pusaka itu dalam bentuk hartanah pertanian yang jika dibahagikan kepada ahli waris akan berubah fungsinya dan lain sebagainya. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kesan penangguhan pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Islam di Kabupaten Aceh Besar telah membuat perselisihan antara ahli waris, disebabkan adanya penguasaan harta pusaka oleh sebahagian ahli waris dan hilangnya dokumen harta pusaka, sehingga ada sebahagian ahli waris yang tidak menerima haknya secara sempurna.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Gamal Achyar, Ridwan Rani, "kesan penangguhan pembahagian hartapusaka dalam kalangan masyarakat Islam di Kabupaten Aceh Besar, Indonesia
/ Gamal Achyar Bin Ridwan Rani" (2015). Student Works (2010-2019). 2716.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2716
5008-Cover_2.pdf (28 kB)
5008-Thesis_I-V.pdf (891 kB)
5008-Lampiran_kompilasi_hukum_islam.pdf (223 kB)