Date of Award
5-1-2014
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
history
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Muzium Seni Asia (MSA) yang berada di dalam kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur merupakan sebuah muzium yang unik dan berfungsi sebagai muzium universiti. Turnpuan utama muzium ini adalah untuk mempromosikan seni Asia dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebagai sebuah muzium universiti, Muzium Seni Asia cuba menyediakan bahan penyelidikan bagi pelajar, kakitangan universiti dan juga kepada orang luar yang mempunyai minat terhadap seni dan artifak. Muzium ini juga menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk memasyarakatkan seni tanah air dan seni Asia. Kajian ini memperinci peranan Muzium Seni Asia dari segi perkembangan struktur organisasi dan aktiviti yang dijalankan untuk mempromosikan koleksi yang terdapat di muzium kepada masyarakat kampus dan orang luar antara tahun 1980 sehingga 2011. Kajian ini mengesan sejarah penubuhan Muzium Seni Asia; mengesan struktur pentadbiran muzium; perkembangan koleksi Muzium Seni Asia dan aktiviti yang dijalankan oleh Muzium Seni Asia untuk mempromosikan seni tanah air dan seni Asia.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2013/2014.
Recommended Citation
Lalithambiai, Thanaraj, "Sejarah perkembangan Muzium Seni Asia Universiti Malaya, 1980-2011 / Lalithambiai Thanaraj" (2014). Student Works (2010-2019). 2685.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2685