Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini berlandaskan kaedah penyelidikan lapangan dan perpustakaan yang menggunakan analisis kualitatif deskriptif adalah bertujuan untuk mengetahui sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penerbitan karya hadith di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini dibahagikan kepada enam bab, iaitu Bab Pendahuluan yang menjelaskan berkenaan perkara asas kajian, bab pertama menerangkan mengenai Sejarah Penerbitan Karya Hadith di Malaysia, bab kedua menghuraikan Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka, bab ketiga menjelaskan Karya Hadith Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 16 buah karya. Selain itu, masalah dan isu yang dihadapi dalam penerbitan karya hadith serta jenis dan kategori karya hadith turut dibincangkan. Manakala bab keempat pula menganalisis jenis dan kategori karya hadith, format dan trend penulisan karya hadith terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan merumuskan sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penghasilan karya hadith. Kajian ini diakhiri dengan bab kesimpulan. Kajian ini juga mendapati bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyumbang dalam penerbitan karya hadith di Malaysia dengan menerbitkan sebanyak 16 buah karya dari tahun 2003- 2013. Walaupun jumlah terbitannya amat sedikit tetapi ia telah menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan menyumbang kepada khazanah ilmu. Karya-karya hadith tersebut diterbitkan dalam bentuk karya asli, terjemahan, dan adaptasi bagi pelbagai kategori khalayak; remaja, dewasa dan ilmiah.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2014.

Share

COinS