Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Fokus kajian ini adalah pada stereotaip gender dalam novel Tamil. Stereotaip merupakan satu fenomena yang wujud dalam semua masyarakat. Kita boleh menganggap bahawa golongan yang lebih lemah dalam sesebuah masyarakat selalunya distereotaipkan. Golongan ini boleh terdiri daripada lelaki atau wanita. Novel, yang dikatakan sebagai cermin masyarakat digunakan untuk mengkaji stereotaip lelaki dan wanita. Bagi tujuan ini, 8 buah novel yang telah dihasilkan oleh penulis prolifik Ramani Chandran yang mewakili 4 dekad, iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 2010 digunakan sebagai data kajian ini. Data kajian telah dianalisis dan dirumuskan bagi manjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sememangnya wujud perubahan unsur-unsur stereotaip lelaki dan wanita dalam penulisan Ramani Chandran. Dalam novel-novel yang dihasilkan pada awal tahun 70-an didapati novelis sangat terpengaruh dengan stereotaip wanita yang sedia wujud dalam masyarakat India. Tetapi persepsi stereotaip novelis terhadap lelaki dan wanita India didapati berubah mengikut peredaran masa. Keadaan ini menggambarkan bahawa stereotaip yang ditentukan oleh sesebuah masyarakat juga berubah mengikut peredaran masa. Ini jelas dilihat dalam novel-novel yang dihasilkan oleh Ramani Chandran, dalam tempoh masa 40 tahun. Ini membuktikan bahawa pelanggaran stereotaip lelaki dan wanita India sudah pasti berlaku dalam sesebuah masyarakat dan pelanggaran-pelanggaran ini terlihat dalam karya-karya sastera, khususnya novel.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.

Share

COinS