Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis strategi penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab daripada sebuah Kamus Peribahasa Melayu-Arab- Inggeris yang dijadikan sebagai data kajian. Pemilihan sampel adalah jenis pensampelan bertujuan kerana hanya memfokuskan kepada 60 ungkapan peribahasa Melayu berunsur haiwan sahaja. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif dan berfungsi sebagai kajian kes jenis deskriptif. Proses menganalisis strategi penterjemahan peribahasa adalah berlandaskan lima jenis Taksonomi Larson (1998). Rentetan daripada analisis strategi penterjemahan, ketepatan padanan maksud peribahasa Melayu dengan terjemahannya ke bahasa Arab dinilai. Kemudian, temu bual dilakukan ke atas penutur jati Arab seramai 12 orang dan dikategorikan sebagai pensampelan kebarangkalian. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab. Hasil dapatan kajian mendapati strategi penterjemahan yang kerap digunakan oleh penterjemah ialah strategi ketiga iaitu menggantikan peribahasa Melayu dengan peribahasa Arab yang mempunyai maksud yang sama dengan jumlah 47 kali (52.98%) dan juga terdapat satu strategi baru yang terhasil daripada analisis strategi. Manakala dari segi ketepatan padanan maksud, terdapat 15 peribahasa Arab (17%) yang tidak menepati padanan maksud peribahasa Melayu. Hasil temu bual mendapati tahap kefahaman responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab adalah di tahap sederhana. Selain itu, penggunaan strategi ketiga menunjukkan jumlah tertinggi bagi jawapan yang betul iaitu 19 (79%). Maka, kajian ini menunjukkan strategi yang berkesan untuk digunakan dalam menterjemah peribahasa adalah strategi ketiga kerana responden berjaya memahami peribahasa Melayu yang digantikan dengan peribahasa Arab.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.

Share

COinS