Author

Milham .

Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

3

Department

Dept of Aqidah & Islamic Thought

Institution

University of Malaya

Abstract

Disertasi ini membincangkan tentang Pemikiran Beragama Masyarakat Karo Desa Kwala Musam, Kecamatan Batang Serangan, Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia yang dibahagikan kepada penganut Islam, Kristian. Kajian ini dilakukan adalah untuk menyediakan kepada para pendakwah atau muballigh agar mengambil maklumat-maklumat tentang agama dan kepercayaan masyarakat Karo dalam usaha penyebaran agama Islam secara dakwah. Disertasi ini mengandungi empat bab yang didahului dengan pendahuluan merupakan pengenalan umum kepada penulisan disertasi ini. Bab I perbincangan tentang Masyarakat Karo Desa Kwala Musam, Kecamatan Batang Serangan, Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia. Bab II mendiskusikan Pemikiran Tentang Agama Dan Kepercayaan masyarakat Karo. Bab III membicarakan secara terperinci Pemikiran Orang Karo Tentang Agama Dan Sistem Kepercayaan Serta Adat Resam Di Desa Kwala Musam. Bab IV menganalisis Tentang Anutan Agama Di Kalangan Masyarakat Karo Desa Kwala Musam. Hasil kajian ini menjelaskan pantang larang masyarakat Karo mempunyai kaitan dengan sistem kepercayaan mereka dan gerakan dakwah Islamiyah membuktikan mereka menerima Islam secara total. Penyelidikan ini diakhiri dengan penutup yang mengandungi rumusan-rumusan dan beberapa saranan terhadap apa yang telah dibincangkan sebelumnya.

Note

M.Usuluddin -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014

Share

COinS