Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

4

Department

Dept of Dakwah & Human Development

Institution

University of Malaya

Abstract

Arak merupakan antara bahan terkawal di bawah peruntukan Kastam Diraja Malaysia. Maka sebarang undang-undang berkaitan arak adalah di bawah landasan kawalan. Islam secara jelas mengharamkan segala aktiviti berkaitan arak. Hakikatnya arak bukanlah isu agama sahaja tetapi ianya melibatkan isu keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial. Maka dengan sebab itu wujudnya pelaksanaan kawalan penjualan arak khususnya di Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk. Melihat dari sudut pandang ilmu dakwah, isu kawalan penjualan arak ini memperlihatkan suatu pelaksanaan metode dakwah kepada orang bukan Islam. Justeru, kajian ini membuat analisis terhadap metode dakwah kepada orang bukan Islam melalui pelaksanaan kawalan penjualan arak yang mengambil Negeri Kelantan sebagai subjek utama kajian. Pemilihan Negeri Kelantan adalah berdasarkan dasar Islam yang diperkenalkan iaitu ‘Membangun Bersama Islam’ dan juga merupakan negeri yang mengawal penjualan arak secara lebih serius melalui kaedah yang diperkenalkan. Data diperolehi melalui kaedah kualitatif menerusi temubual dan dokumentasi. Pengkaji dapat merumuskan bahawa Negeri Kelantan telah melaksanakan metode dakwah kepada orang bukan Islam dalam pelaksanaan kawalan penjualan arak tersebut. Metode utama yang dikenalpasti adalah menggunakan medium undang-undang yang berpaksikan kepada prinsip dakwah mencegah kemungkaran.

Note

Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014

Share

COinS