Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Di antara karya yang dikatakan milik al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ialah al-Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad Li Yawm al-Ma’ad. Dipercayai karya tertua yang disandarkan kepada Ibn Hajar di bawah judul Munabbihat dijumpai telah diterbitkan di India pada tahun 1312H, iaitu sekitar 120 tahun yang lalu. Kajian ini bertujuan merungkai masalah penyandaran karya ini kepada penulis asalnya sekaligus mengkaji status hadith yang dihimpunkan di dalamnya. Metodologi kajian yang digunakan ialah metode penentuan subjek, dengan menjadikan kesemua hadith yang terkandung di dalam karya ini sebagai subjek kajian. Hadith-hadith ini menjadi data dan maklumat yang perlu ditakhrij dan dianalisa untuk mengetahui statusnya. Hadith-hadith ini ditakhrij dengan cara mengenalpasti pangkal hadith, mengenal pasti sifat hadith, dan kaedah pencarian hadith menggunakan perisian komputer serta laman sesawang yang berautoriti. Di antara dapatan kajian ini ialah, karya ini telah dialih bahasa ke dalam Bahasa Parsi, Bahasa Bosnia Herzegovina dan dipercayai turut diterjemahkan dalam bahasa-bahasa utama yang lain. Penemuan lain pula menunjukkan bahawa karya ini telah diulas oleh Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi dengan judul Nasaih al-‘Ibad ‘Ala al-Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad Li Yaum al-Ma’ad. Terdapat juga beberapa versi karya ini yang dijumpai disandarkan bukan kepada Ibn Hajar. Antara nama-nama yang ditemukan samada pada halaman utama karya atau pada bahagian mukaddimah ialah Zain al-Qudat, Ahmad bin Muhammad al-Hajji dan al-Allamah al-Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Hajri. Karya ini mengandungi 51 buah hadith. Dapatan kajian mendapati bahawa hadith mardud merekodkan peratusan yang sangat besar, iaitu sebanyak 94.1%.
Note
M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Ibrahim, Mohd Nor Adzhar, "Al-Munabbihat 'ala al-isti'dad li yawm al-ma'ad oleh Ibn Hajar Al-Asqalani : takhrij dan analisis / Mohd Nor Adzhar Ibrahim" (2014). Student Works (2010-2019). 2510.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2510
5339-1.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bahagian_Pendahuluan.pdf (513 kB)
5339-2.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bab_1.pdf (672 kB)
5339-3.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bab_2.pdf (811 kB)
5339-4.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bab_3.pdf (1760 kB)
5339-5.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bab_4.pdf (391 kB)
5339-6.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bab_5.pdf (280 kB)
5339-7.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Bibliografi.pdf (293 kB)
5339-8.Disertasi_MA_-_Adzhar_(IGB_090010)_-_Lampiran.pdf (1214 kB)
5339-lebel.pdf (205 kB)