Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
4
Department
Dept of Dakwah & Human Development
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini cuba mendedahkan penggunaan media dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak yang mampu memberi kesan yang positif dalam membina kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat pelbagai jenis media pendidikan di pasaran hari ini, namun pemilihan media yang sesuai adalah penting dalam memastikan pendidikan yang ingin disampaikan oleh guru dapat diterima dengan baik oleh para pelajar. Kajian ini juga mengkaji berkenaan dengan modul dan pelaksanaan penggunaan media dalam pendidikan Islam sekaligus menganalisis penerimaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman. Metodologi pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan pula dilaksanakan dalam dua metode iaitu metode temubual dan metode pemerhatian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan media khususnya kad imbas sangat memberi kesan positif dalam membantu kanak-kanak untuk mengingati dan memahami pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Di samping itu juga, peranan media lisan seorang guru tidak dapat disangkal sebagai satu media yang sangat penting dan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping penggunaan media sebagai alat bantu untuk pelaksanaan proses tersebut.
Note
Disertasi (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Yusoff, Salmee Suhaina, "Penggunaan media dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak di PASTI : kajian di PASTI Ummu Aiman, Gombak, Selangor / Salmee Suhaina binti Yusoff" (2014). Student Works (2010-2019). 2501.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2501
5227-BAB_2_.pdf (926 kB)
5227-BAB_3_26.pdf (2050 kB)
5227-BAB_4_26.pdf (1189 kB)
5227-BAB_5_26.pdf (229 kB)
5227-HALAMAN_TAJUK.pdf (4 kB)
5227-MUKA_DEPAN.pdf (29 kB)
5227-RUJUKAN_26.pdf (264 kB)