Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
4
Department
Dept of Dakwah & Human Development
Institution
University of Malaya
Abstract
Dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) Melalui Politik : Kajian Terhadap Persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Kajian ini membincangkan tentang perwasilahan dakwah melalui politik. Politik telah dijadikan medium oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk berdakwah kepada masyarakat. Sebaliknya bagi Jemaah Tabligh, politik tidak diletakkan sebagai suatu keutamaan dalam gerakan dakwah mereka. Namun begitu, kedua-dua gerakan tersebut merupakan gerakan dakwah yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di Malaysia serta mempunyai pengikut dan pengaruh dalam masyarakat. Atas dasar itulah, tiga objektif utama telah dibina bagi mendasari kajian yang akan dilakukan. Antaranya ialah mengkaji konsep dakwah melalui politik dalam Islam, mengkaji pelaksanaan dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik, dan mengenalpasti persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur terhadap dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik. Kajian ini dilakukan secara perpustakaan dan lapangan. Bagi kajian perpustakaan, beberapa metode telah digunakan dalam proses pengumpulan data seperti metode dokumentasi dan metode historis. Manakala metode temu bual, observasi, dan soal selidik pula digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian lapangan. Kajian mendapati bahawa PAS dilihat lebih sinonim sebagai sebuah pertubuhan politik berbanding dengan pertubuhan dakwah. Namun begitu pelaksanaan dakwah PAS tidak dinafikan secara mutlak oleh responden walaupun melalui medium politik.
Note
Disertasi (M.Usuluddin) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Mohd Tahir, Ahmad Fakhruddin, "Dakwah Parti Islam Semalaysia (PAS) melalui politik : kajian terhadap persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur / Ahmad Fakhruddin bin Mohd Tahir" (2014). Student Works (2010-2019). 2499.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2499
5225-BAB_3.pdf (517 kB)
5225-BAB_4.pdf (723 kB)
5225-BAB_5.pdf (123 kB)
5225-BIBLIOGRAFI.pdf (255 kB)
5225-BORANG_SOAL_SELIDIK_NEWS.pdf (227 kB)
5225-BORANG_TEMU_BUAL.pdf (50 kB)
5225-LAMPIRAN.pdf (261 kB)
5225-MAKLUMAT_DIRI.pdf (91 kB)
5225-MUKA_DEPAN.pdf (58 kB)
5225-PRELIMINARI.pdf (410 kB)